Unordered List

Selasa, 10 Februari 2015

Keuntungan dari surah As-Sajdah yang kita peroleh

Kelebihan Surah As-Sajdah:

1- Mendapat pahala seperti solat ketika Lailatul Qadar.

2- Dikuatkan keIslaman dan tauhidnya.

3- Mendapat ilmu yang benar.
 Sabda Rasulullah (yang bermaksud) :
“Sesiapa membaca Surah As-Sajdah, pahalanya seperti orang yang sholat menepati malam al-Qadar dan dikuatkan keIslamannya, tauhidnya serta mendapat ilmu yang benar.”

4- Melindungi pembacanya daripada kesusahan semasa hari Kiamat.
Sabda Rasulullah SAW (yang bermaksud):
“Surah Alif Laam Sajdah akan datang pada hari Kiamat dengan 2 sayap sambil melindungi si pembacanya seraya berkata; “Tidak ada kesusahan bagimu.”"

5- Merupakan amalan Rasulullah setiap malam (di samping surah Al-Mulk). Dan diriwayatkan imam Ahmad daripada jabir berkata (yang bermaksud): ”Adalah Nabi SAW tidak tidur hingga dibaca surah As-Sajdah dan Al-Mulk”

6- Surah As-Sajdah dan Al-Mulk melebihi 17 kali ganda berbanding surah-surah lain. Sabda Rasulullah SAW (yang bermaksud) : “Kedua-dua surah ini melebihi surah-surah yang lain sebanyak 17 kali ganda.”

7- Dikurniakan nur (cahaya) bagi pembacanya ketika ia mati.

8- Melindungi pembacanya dari seksa kubur.

9- Surah yang dibaca oleh Rasulullah ketika solat Subuh pada hari Jumaat (di samping surah Al-Insaan).
“Nabi SAW membaca pada solat fajar (subuh) pada hari Jumaat “Alif Laam Miim Tanzil” As-Sajdah dan “Hal Ata ‘Alal Insaan” Hadis Riwayat Bukhari dari pada Abu Hurairah r.a.)

10- Merupakan salah satu surah Al-Munjiah.
Al-Darimi menyebutkan sebuah athar yang bersumberkan daripada Khalid bin Mi’dan katanya:
“Bacalah surah al-Munjiah iaitu alif lam mim tanzil, kerana sesungguhnya telah sampai berita kepadaku tentang seorang lelaki yang sering membacanya yang mana dia tidak beramal dengan surah selainnya. Lelaki itu pula merupakan seorang yang banyak berbuat dosa. Lalu surah tersebut menebarkan sayapnya seraya berkata: Wahai Tuhanku, ampunkanlah dosanya kerana dia seorang yang banyak membaca daku. Lalu Tuhan memberikan syafaat kepadanya serta berfirman: Tuliskan untuknya bagi setiap kejahatan yang dilakukannya sebagai kebajikan dan angkatkan untuknya satu derajat.” Sujud Tilawah

Apabila sampai membaca ayat 15 (Surah As-Sajdah), kita disunatkan sujud Tilawah.
Daripada Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. telah bersabda:
Apabila anak Adam membaca ayat Sajdah, lalu dia sujud; maka syaitan jatuh sambil menangis. Katanya, “Celaka aku! Anak Adam disuruh sujud, maka dia sujud, lalu mendapat syurga. Aku disuruh sujud, tetapi aku menolak maka untukku neraka.
(Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim) Hukum sujud Tilawah adalah sunat mu’akad, atau sunat yang amat digalakkan.
Dari Umar r.a.: Pada suatu hari Jumaat, baginda (Rasulullah) membaca surah al-Nahl di atas mimbar, maka ketika sampai pada ayat sajadah, baginda lalu turun dan sujud. Dan para hadirin juga turut melakukan sujud. Pada hari Jumaat berikutnya, dibacanya surah berkenaan, lalu apabila sampai pada ayat sajdah baginda berkata: “Wahai manusia, sebenarnya kita tidak diperintahkan (diwajibkan) sujud tilawah. Tetapi barangsiapa bersujud, dia telah melakukan yang benar. Dan barangsiapa yang tidak melakukannya, maka dia tidak mendapat dosa.”
(Hadis Riwayat Bukhari)
Sujud tilawah/sajadah Sujud Sajadah atau Sujud Tilawah ialah sujud yg dilakukan apabila kita membaca ayat-ayat sajadah di dalam al-Quran. Ayat-ayat tersebut seperti ini:
 "Sesungguhnya orang yang benar-benar percaya kepada ayat-ayat Kami adalah mereka yang apabila diperingatkan dengan ayat-ayat itu mereka segera bersujud seraya bertasbih dan memuji Rabbnya, dan lagi pula mereka tidaklah sombong." [Surah 32: as-Sajdah, Ayat15] Pada kebiasaanya, para imam di masjid akan memberitahu para jemaah jika beliau akan membaca ayat tilawah dan akan dilakukan sujud sajadah pada rakaat sekian sekian. Maksudnya, apabila pada rakaat yg disbut, apabila imam menyebut takbir, akan terus sujud kerana telah membaca ayat sajadah. Sewaktu sujud itu, ini adalah bacaannya:

"Telah sujud wajahku kepada yang telah menciptanya, yang telah memberi rupa baginya dan telah memberi pendengaran dan penglihatan dengan kehendakNya dan dengan kekuatanNya, Tuhan yang penuh limpah keberkatanNya telah menjadikan manusia dengan sebaik-baik kejadian." Selepas sujud tersebut, kita akan terus bangun semula dan sambung membaca ayat al-Quran dan teruskan dengan rukuk seperti biasa. Jika ayat sajadah dibaca di luar solat, rukunnya adalah
1. Niat - “Sahaja aku sujud sajadah kerana Allah Ta’ala”
2. Takbiratul Ihram
3. Sujud - baca bacaan sujud sajadah di atas
4. Salam
Hukum sujud sajadah di luar ialah SUNAT kepada pembaca dan juga pendengar bacaan ayat sajadah, dan sujud si pendengar itu tidak tergantung sama ada pembaca (qari) itu turut sujud atau tidak. Jika sedang solat berjemaah, makmum WAJIB mengikuti imam jika imam melakukan sujud sajadah.

Ingat DUNIA adalah perniagaan, pasarnya ialah menyendiri, modalnya adalah takwa, dan labanya adalah SURGA